Friday, December 10, 2010

Pemimpin Umno 'Kepanasan'

Tujuan pemimpin Umno dan BN bermati-matian untuk mempertahankan Putrajaya bukan kerana demi kepentingan rakyat, tetapi untuk memastikan suku sakat mereka yang sedang kehausan dan kelaparan terus terpelihara , kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad.

pas muktamar 130610 idris ahmadIdris mengulas gesaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya BNl bersungguh-sungguh mempertahankankan Putrajaya demi kepentingan rakyat dan negara ketika taklimat strategi BN Selangor di Shah Alam, semalam.

“Gesaan yang dibuat oleh timbalan presiden Umno itu sebagai bayangan kerisauan yang wujud di wajah pemimpin Umno di semua peringkat kerana mimpi ngeri 8 Mac 2008 masih menghantui mereka,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Menurut Idris, pemimpin Umnojuga bimbang dengan peningkatan celik maklumat di kalangan rakyat, melalui kuasa media baru, terutama di kalangan generasi muda.

Muhyiddin, kata beliau sepatutnya rasa malu, kerana alasan untuk mempertahankan Putrajaya demi kepentingan rakyat dijaja sedangkan seantero dunia sudah tahu BN yang memerintah negara ini gagal menjalankan amanah dan mengkhianati amanah rakyat selama 53 tahun.

Read more: http://suwaritimur.blogspot.com/2010/12/umno-sudah-mula-kelaparan-dan.html#ixzz17hk91qFv

1 comment:

  1. Assalamualaikum Putera Keamanan. Memang UMNO BN dalam kepanasan. Tak senang duduk bagi memastikan kuasa tetap berada di tangan mereka. Semoga UMNO BN menjadi Pembangkang pada Kerajaan Pusat nanti.

    ReplyDelete